KUALA LUMPUR, KHAMIS, 31 Mei, 2012: Pengusaha produk dan pembekal perkhidmatan halal tempatan digesa merebut peluang menembusi pasaran Indonesia yang mempunyai penduduk Islam teramai dunia.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir (gambar) berkata, permintaan terhadap produk atau perkhidmatan halal di negara itu cukup tinggi dan tidak tertumpu kepada produk makanan serta minuman sahaja.
''Tahun lalu, eksport produk halal tempatan ke Indonesia bernilai RM600 juta. Permintaannya cukup besar tetapi penglibatan pengusaha produk halal tempatan masih belum memuaskan.
''Sebagai contoh, jumlah eksport produk halal dari China ke Indonesia pada tahun lalu menyaksikan peningkatan memberangsangkan. Justeru, kita harus rebut peluang untuk menembusi pasaran halal di sana,'' katanya ketika berucap merasmikan majlis konvokesyen Program Eksekutif Halal (HEP) 2/2011 di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dekat sini hari ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment