My Add

Tuesday 26 June 2012

Gelandangan dapat kerja melalui 'Food For Life' SHEB

Oleh MOHD. HAZLI HASSAN
KUALA LUMPUR, SELASA, 26 Jun, 2012: Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda UMNO Malaysia berjaya mendapatkan pekerjaan untuk 4,320 golongan gelandangan melalui program 'Food For Life' yang telah diwujudkan sejak awal tahun 2010.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, inisiatif yang dilakukan SHEB itu juga berjaya mendaftarkan 5,920 golongan berkenaan sebagai pengundi berdaftar sejak 120 minggu lalu selepas dilancarkan.

"Inisiatif ini berjaya memberi nafas baru kepada golongan berkenaan untuk membina hidup baru dan diharap ia juga dapat mengurangkan golongan tersebut di jalanan," katanya ketika meluangkan masa mendekati golongan gelandangan di perkarangan Masjid India di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment