My Add

Tuesday 26 June 2012

SPR mahu tambah NGO Sarawak jadi pemantau pilihan raya

KUCHING, SELASA, 26 Jun, 2012: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bercadang melantik beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Sarawak sebagai pemerhati pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, setakat ini empat NGO telah dikenal pasti untuk berbuat demikian di zon Kuching iaitu Persatuan Melayu Sarawak, Persatuan Orang Ulu, Persatuan Belia Islam Nasional cawangan Sarawak dan Persatuan Belia Sarawak.

"SPR akan berjumpa dengan beberapa buah NGO di kawasan Sibu dan kawasan Miri untuk mengenal pasti dan melantik merekalah kalau mereka bersetuju," katanya pada sidang akhbar selepas taklimat untuk Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya, di sini hari ini.

Katanya pertubuhan yang terpilih itu adalah mereka yang terbukti tidak berpolitik serta tidak memihak kepada mana-mana parti politik. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment