My Add

Friday, 1 June 2012

Generasi baru Felda perlu rebut peluang

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 31 Mei, 2012: Pelancaran prospektus Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) hari ini sempena penyenaraiannya di pasaran utama Bursa Malaysia mampu melonjakkan pencapaian Felda ke peringkat global.

Timbalan Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF), Datuk Abdullah Abu berkata, usaha itu memang sudah lama ditunggu-tunggu oleh warga Felda yang mahu skop perniagaan agensi itu diperluaskan sehingga mampu menembusi pasaran luar negara.

Menurutnya, langkah itu dilihat mampu memberi nilai tambah dan membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada seluruh warga Felda.

''Usaha ini secara tidak langsung menutup tohmahan pelbagai pihak yang sememangnya tidak mahu perubahan lebih baik dinikmati oleh warga Felda.

''Hakikatnya, kita yakin, usaha yang dilakukan kerajaan pada masa ini mampu memberi kesan dan faedah yang lebih baik dan gemilang kepada warga Felda untuk jangka masa panjang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment