My Add

Friday 1 June 2012

Zuraidah Atan dilantik Ahli Lembaga Gabenor USM

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 31 Mei, 2012: Penasihat Kehormat Persatuan Kanser Kebangsaan (NCSM), Datuk Zuraidah Atan dilantik sebagai Ahli Lembaga Gabenor Universiti Sains Malaysia (USM) berkuat kuasa 1 Mei lalu sehingga 30 April 2015.

Menurut satu kenyataan di laman web USM hari ini, pelantikan beliau dibuat oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

"Zuraidah juga adalah Pengerusi Yayasan Sukarelawan Siswa, satu yayasan yang dibangunkan pihak kerajaan untuk memupuk dan menyuburkan semangat kesukarelawanan dalam kalangan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

"Pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari University of Buckingham, England ini turut berkhidmat sebagai Penasihat Kehormat kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan kanser tertua dalam negara iaitu NCSM," kata kenyataan itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment