My Add

Sunday 3 June 2012

Jelaskan percanggahan dokumen RTPJ 2

KUALA LUMPUR, SABTU, 02 Jun, 2012: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor serta Jabatan Perancangan Majlis Bandaraya Petaling Jaya didesak menjelaskan percanggahan dokumen dalam Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 (RTPJ 2).

Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Derek John Fernandez berkata, sekiranya kedua-dua jabatan itu gagal tampil dengan jawapan yang munasabah dalam masa terdekat ini, pihaknya mahu satu siasatan dijalankan terhadap percanggahan itu.

Ujar beliau, jika siasatan itu mendapati percanggahan tersebut mempunyai unsur jenayah dan penyelewengan, satu laporan polis akan dibuat terhadap pihak yang melakukan perbuatan tersebut.

"Percanggahan ini disedari sewaktu Mesyuarat Jawatankuasa Setempat (OSC) baru-baru ini apabila Jabatan Perancangan Bandar dan Desa negeri telah menyatakan fakta-fakta mengelirukan menerusi buku RTPJ 2 milik mereka yang berwarna biru tua," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment