My Add

Thursday 14 June 2012

Pembalakan di Baling tidak akan dihentikan

ALOR SETAR, RABU, 13 Jun, 2012: Kerajaan Pas Kedah tidak akan menghentikan aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Gunung Inas, Baling dekat sini, meskipun diminta berbuat demikian bagi memulihara alam sekitar dan menjaga kepentingan penduduk di situ.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, kelulusan dan permit sudah dikeluarkan dan kontraktor membayar semua premium kepada Jabatan Perhutanan sebelum mereka dibenarkan memulakan kerja pembalakan.

"Nak berhenti pasal apa, kita dah lulus dan beri permit. Kita tidak benar mereka tebang balak melainkan setelah bayar semua premium kepada Jabatan Perhutanan dan selepas pokok ditanda, baru boleh tebang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan insentif kepada atlet dan pegawai Sukan Malaysia (Sukma) Kedah 2011 di Wisma Darul Aman, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment