My Add

Tuesday 26 June 2012

Hak cipta karyawan tempatan dilindungi

*ISMAIL Sabri Yaakob dan Tan Lian Hoe bersama barisan para artis yang hadir pada Hari Himpunan Bintang MyIPO-Kosmo! 2012 di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur, semalam. Turut serta Baharom Mahusin (kanan).

KUALA LUMPUR, ISNIN, 25 Jun, 2012: Hak cipta karyawan tempatan yang sebelum ini sering dicetak rompak pihak tidak bertanggungjawab bakal dilindungi dengan tertubuhnya Sistem Pemberitahuan Secara Sukarela Hak Cipta yang merupakan mekanisme baru pendaftaran hak cipta.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sistem itu akan membantu pemilik membuktikan hak cipta sesuatu karya jika berlaku sebarang aktiviti cetak rompak atau apa-apa pertikaian.

"Sistem itu merupakan satu langkah pembaharuan dan penambahbaikan bagi membantu industri hak cipta negara, khususnya para karyawan tanah air dalam menangani isu berkaitan perlindungan hak cipta," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment