KUALA LUMPUR, SELASA, 12 Jun, 2012: Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) membantah pengenalan skim insurans pengangguran kerana skim seumpama itu akan menggalakkan tingkah laku pengurusan yang tidak bertanggungjawab.
Persekutuan itu melihat skim tersebut sebagai bebanan kos yang tidak adil bagi majikan yang terpaksa membayar kakitangan yang gagal menjalankan kewajipan.
Menurutnya, jika dilaksanakan ia akan menjuruskan Malaysia kepada "mentaliti kebajikan" dan meningkatkan jaringan keselamatan sosial.
"Sudah ada peruntukan mencukupi dalam undang-undang buruh untuk menjaga kebajikan pekerja yang diberhentikan.
"Negara ini sudahpun berada di tahap pekerjaan penuh, berdepan paras kekurangan buruh yang tinggi dan skim seumpama itu akan memburukkan lagi situasi.
"Skim insurans pengangguran bukan sahaja perlu ditangguhkan, tetapi tidak seharusnya diperkenalkan langsung di Malaysia," menurut FMM dalam satu kenyataan. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment