My Add

Friday 8 June 2012

'Jalan Kembali Bohsia 2' kutip RM1 juta tayangan sehari

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 08 Jun, 2012: Filem Jalan Kembali Bohsia 2 mencatatkan kutipan kasar lebih RM1 juta hanya selepas sehari ditayangkan. 

Filem arahan Shamsul Yusof itu mula ditayangkan semalam (7 Jun), menerusi 60 panggung seluruh negara.

Penerbitnya, Datuk Yusof Haslam berkata, dengan sambutan menggalakkan itu, beliau menjangka filem itu mampu mencatatkan kutipan kasar sehingga RM5 juta dalam tempoh dua minggu ditayangkan.

Filem Jalan Kembali Bohsia 2 mengisahkan seorang wanita bersama rakan-rakannya yang kembali ke pangkal jalan selepas terbabit dengan aktiviti kurang bermoral. 

Bagaimanapun, usaha itu melalui pelbagai halangan dan tentangan daripada pihak lain yang tidak senang hati dengan niat murninya. 

Antara pelakon filem ini membariskan pelakon seperti Sofi Jikan, Zizan Razak, Salina Saibi, Nabila Huda dan Harun Salim Bachik. - BH ONLINE

No comments:

Post a Comment