My Add

Friday 1 June 2012

Jana pendapatan melalui teknologi moden

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 01 Jun, 2012: Pekebun kecil getah digalakkan meningkatkan ilmu kemahiran serta menggunakan teknologi moden terkini bagi menambah produktiviti sekali gus menjana lebih pendapatan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, ia bagi memastikan matlamat kerajaan meningkatkan purata pendapatan keluarga pekebun kecil sebanyak RM2,500 sebulan menjelang 2015 tercapai.

Beliau berkata, pekebun kecil kini perlu berani merebut peluang dan menggunakan semua kemudahan disediakan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) termasuk menyertai Kempen Gerakan Membaja bagi meningkatkan produktiviti.

"Selain itu, RISDA juga akan melaksanakan fasa kedua operasi mengutip biji getah untuk dijadikan benih bagi mengatasi masalah kekurangan benih secara tetap, konsisten dan berkekalan.

"Untuk itu, RISDA akan membayar RM3 bagi setiap kilogram biji getah yang dikumpul dan dihantar ke tapak semaian," katanya selepas merasmikan Majlis Perhimpunan Bulanan RISDA Ke-5 dan pelancaran Misi Menakluki Gunung Kinabalu di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment