My Add

Friday 1 June 2012

Syor SPRM kepada anggota pentadbiran isytihar ahli keluarga

PUTRAJAYA, JUMAAT, 01 Jun, 2012: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencadangkan agar setiap anggota pentadbiran seperti menteri, timbalan menteri, setiausaha parlimen dan setiausaha politik mengisytiharkan ahli keluarga terdekat yang memohon kemudahan kerajaan, termasuk pinjaman mudah.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Sutinah Sutan berkata pengisytiharan sebegini dapat meningkatkan ketelusan, akauntabiliti dan mengelak berlakunya penyelewengan dan salah guna kuasa.

"SPRM mencadangkan kepada Kementerian Kewangan agar memasukkan klausa ini supaya setiap anggota pentadbiran mengisytiharkan sekiranya mana-mana ahli keluarga memohon sebarang kemudahan daripada kerajaan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sutinah berkata, cadangan itu merupakan satu daripada tujuh cadangan yang dikemukakan SPRM kepada Kementerian Kewangan pada April lepas untuk menambah baik sistem dan prosedur pemberian pinjaman mudah.

Beliau berkata cadangan yang dikemukakan adalah berdasarkan kelemahan yang timbul berikutan isu National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) setelah menjalankan pemeriksaan ke atas amalan, sistem dan prosedur pemberian pinjaman mudah ke atas projek NFC. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment