My Add

Thursday 14 June 2012

Jangan adakan PRU pada musim haji

KUALA LUMPUR, RABU, 13 Jun, 2912: UMNO didakwa menghalang umat Islam daripada menunaikan ibadat haji di Tanah Suci jika benar Pilihan Raya Umum Ke-13 akan diadakan pada musim haji.

Justeru Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, untuk menyelesaikan masalah tersebut PRU-13 tidak wajar diadakan pada musim berkenaan.

"Kenapalah UMNO jadi sempit akal ? Jangan buat pilihan raya musim haji, selesai masalah. Kalut ribut ini kenapa ? UMNO cadang nak buat pilihan raya dalam musim haji ke? Kalau tidak kenapa kalut?

"Kalau UMNO nak buat pilihan raya dalam musim haji maknanya UMNO yang halang orang nak buat haji sebab fatwa Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman kata mengundi itu wajib," katanya dalam Facebook miliknya semalam.

Nasrudin turut mempersoalkan apakah keutamaan kerajaan ketika ini sama ada mahu rakyat menunaikan haji atau mengundi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment