My Add

Thursday 14 June 2012

Pendidikan percuma: Pembangkang tabur janji kosong

PUTRAJAYA, RABU, 13 Jun, 2012: "Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih".

Itu peribahasa paling tepat terhadap tindakan pembangkang yang beria-ia mahu menghapuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sekali gus memberikan pendidikan percuma di peringkat pengajian tinggi.

Perkara itu dinyatakan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang membangkitkan kegagalan pembangkang melaksanakan hasrat tersebut di institusi pengajian tinggi milik mereka biar pun telah diberi peluang berbuat demikian.

Malah, katanya, pembangkang memilih untuk 'mengutuk' tindakan kementerian yang sekadar membekukan pinjaman tersebut dan meminta agar pemberian dana pendidikan itu diteruskan.

"Apa yang kita buat dia 'bantai', dia kata kita aniaya dan macam-macam lagi hanya kerana borang permohonan pelajar baru di Universiti Industri Selangor (Unisel) dibekukan dan tidak sesekali kita kata hendak tutup PTPTN,'' katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment