My Add

Friday 22 June 2012

'Jawab kemelut KGT'

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
KOTA BHARU, KHAMIS, 21 Jun, 2012: Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa didesak menjelaskan kepada rakyat negeri ini mengenai kemelut yang berlaku dalam Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. (KGT) iaitu sebuah syarikat pengeluar mata wang dinar dan dirham milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh berkata, Husam juga diminta memberi penjelasan mengenai segala persoalan yang timbul mengenai dakwaan salah laku terutamanya melibatkan salah seorang pegawai kanan syarikat tersebut.

Beliau berkata, selain itu, Husam perlu berani menjawab segala soalan yang dikemukakan penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz dalam blognya,http://kickdefella.net supaya rakyat lebih jelas dan tidak lagi diselubungi dengan kekeliruan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment