My Add

Sunday 10 June 2012

Kem PLKN Bumimas, Sibu antara terbaik

SIBU, AHAD, 10 Jun, 201: Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Bumimas Sibu yang siap dibina tahun lalu dengan kos melebihi RM10 juta adalah antara Kem PLKN terbaik daripada segi kemudahan infrastrukur di negara ini.

"Saya sudah pergi ke semua 87 Kem PLKN seluruh negara, kem ini adalah antara yang terbaik", kata Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latif Ahmad dalam ucapannya semasa melawat kem itu semalam.

Katanya, pengusaha kem sanggup menyediakan banyak kemudahan infrastruktur berbanding yang ditetapkan kementerian termasuk kolam renang untuk keselesaan pelatih.

Beliau berkata, kalau ada mana-mana pengusaha kem PLKN di seluruh negara sanggup menyediakan kemudahan infrastruktur sepertimana yang disediakan Kem PLKN Bumimas, pihaknya amat mengalu-alukan.

"Memang dalam jangka panjang kita nak pastikan semua Kem PLKN memenuhi piawaian yang macam ini", katanya dan menurutnya untuk mengelakkan pengusaha kem PLKN menanggung beban berikutan kos pelaburan tinggi, ia akan dilaksanakan secara berperingkat.

Kem PLKN Bumimas yang dibina di atas tapak seluas 18 hektar kini melatih seramai 423 pelatih. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment