My Add

Sunday 10 June 2012

RM180j bagi peniaga India tempatan

SERI KEMBANGAN, AHAD, 10 Jun, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, kerajaan menyediakan RM180 juta di dalam pelbagai bentuk pinjaman bagi ahli perniagaan India tempatan.

Daripada jumlah itu, Perdana Menteri berkata, RM150 juta diperuntukkan kepada 13 bank yang mengambil bahagian di mana setiap bank akan menerima RM10 juta bagi Dana Pembiayaan Enterpris Kecil dan Sederhana (EKS) seperti yang diumumkan di bawah Belanjawan 2012, RM10 juta bagi pinjaman mudah EKS dari Malaysian Industrial Development Finance (MIDF), RM5 juta di bawah Program Mempercepatkan Perniagaan dan RM5 juta lagi di bawah Program Memperkayakan dan Penambahbaikan bagi permulaan perniagaan dan makroenterpris.

Najib berkata, RM30 juta lagi diperuntukkan oleh Tekun bagi menyediakan pinjaman mikro kredit kepada usahawan muda India di bawah Skim Pembangunan Usahawan Muda India (SPUMI).

"Melalui dana khusus RM180 juta untuk komuniti India itu, kerajaan akan menguruskan untuk membantu lebih ramai usahawan India mendapatkan pinjaman bagi memulakan atau mengembangkan perniagaan masing-masing.

"Di dalam memorandum pelan terperinci Persidangan Ekonomi India Malaysia (MIEC) yang dibincangkan bersama-sama saya baru-baru ini, tiga isu utama ditonjolkan yang dirasakan oleh perniagaan India yang menghalang mereka daripada menzahirkan potensi sepenuhnya masing-masing.

"Yang pertama ialah isu warisan sejarah kredit negatif yang termasuk masalah muflis dan penyenaraian hitam.

"Yang kedua melibatkan pelbagai cabaran penyediaan kredit yang mencukupi dan kena pada masanya dan yang ketiga ialah untuk membolehkan perniagaan India mendapat kontrak dari kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC)," katanya pada majlis makan malam bersempena MIEC di sini malam tadi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment