My Add

Tuesday 5 June 2012

Nizar perlu cermin diri

IPOH, ISNIN. 04 Jun, 2012: Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin perlu 'mencermin diri' sebelum mengeluarkan kata-kata yang akhirnya terkena batang hidungnya sendiri.

Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Perak, Md. Yusof Alang Ahmad berkata, tindakan Mohammad Nizar menukar kereta rasmi Proton Perdana yang digunakan Menteri Besar dan barisan Exco kepada Toyota Camry sewaktu zaman pemerintahannya dahulu adalah bukti jelas penggunaan duit rakyat.

"Jadi beliau tidak sepatutnya mempersoalkan bidaan nombor pendaftaran WWW1 oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kerana ia tidak menyentuh sebarang wang rakyat.

"Justeru, kita mahu beliau memohon ampun kepada Tuanku serta rakyat negeri Johor kerana telah membangkitkan kemarahan mereka," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

No comments:

Post a Comment