My Add

Thursday 14 June 2012

Kerajaan Selangor diingat jangan jual aset Unisel

TANJONG KARANG 13 Jun - Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor diingatkan tidak menjadikan isu pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai alasan bagi menjual aset Universiti Selangor (Unisel) yang bernilai RM30 juta.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, pihaknya juga sangsi dengan cadangan kerajaan negeri yang mahu mencairkan aset tersebut bagi memastikan janji parti pembangkang memberi pendidikan percuma dapat dilaksanakan.

"Sebenarnya tujuan kerajaan negeri hendak mencairkan harta Unisel bukan kerana mereka ikhlas untuk memberi pendidikan percuma kepada pelajar tetapi mereka memang mempunyai niat hendak menjual tanah berkenaan bagi membayar hutang kos pentadbiran Unisel.

"Jika benar Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ikhlas ingin memberi pendidikan tinggi terbaik kepada rakyat Selangor, beliau sepatutnya meneruskan projek membina Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang dicadangkan di Serendah yang akhirnya dipindahkan ke Melaka," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment