My Add

Saturday 23 June 2012

PDRM sekat aliran wang RM16 juta

*ABDUL Jalil Hassan (dua dari kiri) pada sidang akhbar berhubung kejayaan PDRM membanteras sindiket perjudian bola sepak di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, semalam.

Oleh ANGELINA SINYANG
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 22 Jun, 2012: Usaha bersungguh-sungguh Polis Diraja Malaysia (PDRM) membanteras sindiket perjudian bola sepak membuahkan hasil apabila berjaya menyekat pengaliran wang sebanyak RM16 juta ke luar negara hanya dalam tempoh dua minggu Euro 2012 berlangsung.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, sejak bermulanya Euro 2012 sehingga semalam, pihaknya menerusi ‘Ops Soga’ melakukan 42 serbuan ke atas pelbagai premis di seluruh negara yang dipercayai dijadikan pusat aktiviti perjudian bola sepak.

Beliau berkata, 17 daripada serbuan itu membawa kejayaan apabila didapati menjadi sarang sindiket kegiatan judi haram sejak Euro 2012 bermula pada 8 Jun lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment