My Add

Thursday 28 June 2012

LGBT: Pemimpin Pas perlu tegas

KUALA LUMPUR, RABU,  27 Jun, 20122: Pemimpin tertinggi Pas perlu tampil menyatakan pendirian berhubung penyebaran budaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, Pas sepatutnya menolak mana-mana individu yang menyokong budaya LGBT termasuk Datuk S. Ambiga kerana ia jelas bertentangan dengan Islam.

"Kita tidak boleh menerima pendirian Pas yang menyatakan sokongan terhadap Ambiga atas kapasiti perjuangan Bersih sedangkan Ambiga juga menyokong budaya LGBT.

"Sikap pemimpin Pas yang hanya memilih isu tertentu ini dilihat tidak tegas dalam memperjuangkan Islam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mahu Pas bersama-sama menyokong pendirian tegas kerajaan dalam menolak budaya LGBT daripada bertapak di negara ini jika benar parti itu memperjuangkan akidah Islam seperti didakwa. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment