My Add

Thursday 28 June 2012

Pembantu MP Serdang didakwa seleweng

PUTRAJAYA, RABU, 27 Jun, 2012: Pembantu kepada Ahli Parlimen (MP) Serdang, Teo Nie Ching didakwa melakukan penyelewengan kadar sewa premis Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Serdang sebanyak RM14,500 sejak 2009.

Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng mendakwa, penyelewengan tersebut berdasarkan perjanjian rahsia Chan Hung Guan iaitu pembantu Nie Ching dengan tuan premis pusat khidmat berkenaan.

Katanya, jumlah RM14,500 itu merangkumi kadar sewa selama dua tahun lima bulan di premis yang terletak di Batu 9, Cheras yang sewanya dibayar oleh kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.

"Premis yang disewa Nie Ching itu diuruskan oleh Hung Guan yang sewa sebulan hanya RM500. Namun mengikut perjanjian rahsia, RM1,000 akan dibayar kepada tuan premis sebelum tuan premis mengembalikan kepada Hung Guan baki RM500 setiap bulan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment