My Add

Thursday 28 June 2012

Rakyat Kelantan tiada masalah rumah?

KOTA BHARU, RABU, 27 Jun, 2012: Mungkin kerana mahu menutup kelemahan sendiri, kerajaan Pas Kelantan beranggapan isu rakyatnya tiada rumah tidak sepatutnya timbul kerana kebanyakan mereka mempunyai cara sendiri untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, tindakan rakyat Kelantan yang suka memecahkan lot tanah masing-masing untuk membina beberapa buah rumah merupakan satu keistimewaan bagi mereka dalam memiliki rumah sendiri.

Malah, katanya, rakyat negeri ini mampu memiliki lebih daripada sebuah rumah untuk dijual kepada orang lain, justeru tidak timbul masalah ketiadaan rumah.

"Ini satu keistimewaan yang kita lihat, iaitu mereka membina rumah sendiri. Cikgu misalnya, mereka pecah lot tanah. Ini satu keistimewaan yang ada pada rakyat Kelantan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment