My Add

Friday 1 June 2012

Malaysia negara Islam contoh

Oleh SHEILA RANI CHANDRASEKARAN
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 31 Mei, 2012: Usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam memperkenalkan program transformasi dipuji oleh Senator John McCain dan Senator Joseph Lieberman yang mengunjungi negara ini sebagai tetamu Kuala Lumpur Business Club.

Kedua-dua senator yang berpengaruh di Amerika Syarikat itu turut mengakui Malaysia merupakan contoh sebuah negara Islam di mata dunia ekoran mengamalkan sistem demokrasi dan mempunyai kemajuan ekonomi yang menakjubkan.

"Saya kagum dengan pentadbiran Datuk Seri Najib dan membuat penilaian itu selepas berjumpa dengan beliau, beberapa pemimpin masyarakat dan ahli pembangkang.

"Dalam pandangan saya, Malaysia merupakan sebuah negara yang boleh menjadi contoh kepada seluruh dunia. Kami kagum dengan pembangunan ekonomi, politik dan sosial di negara ini," kata McCain pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir, Duta Khas ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis dan Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, Datuk Paul W. Jones.

Dalam pada itu, Lieberman berharap kerajaan melantik sebuah badan pemerhati antarabangsa bagi memantau pilihan raya umum yang akan diadakan tidak lama lagi.

Langkah menjemput pemerhati luar untuk memantau tersebut dilihat sebagai tanda keyakinan dalam sistem politik sesebuah negara.

McCain dan Lieberman turut merakamkan rasa bangga kerana berkesempatan berada di Malaysia.

Kedua-dua mereka tiba semalam dan akan berada di negara ini sehingga esok. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment