My Add

Friday 1 June 2012

Othman, Pengurus Besar PKNS digesa nyatakan pendirian

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 31 Mei, 2012: Pelbagai pihak menggesa Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Othman Omar tampil menyatakan pendirian berhubung isu Padang Kompleks Sukan PKNS di SS7, Kelana Jaya.

Timbalan Presiden Majlis Belia Selangor (MBS), Badrul Hisham Badrudin berkata, sebagai pihak bertanggungjawab memajukan padang itu, Othman perlu menjawab beberapa isu berkaitan projek komersial di padang tersebut.

Katanya, sikap berdiam diri dan langsung tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu berkenaan memperlihatkan PKNS seperti 'kerbau dicucuk hidung' .

"Othman sebagai orang yang 'rapat' dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan mengetahui segala perkembangan projek itu perlu segera menyatakan pendiriannya.

"PKNS perlu kembali kepada tanggungjawab asal menyediakan perumahan mampu milik kepada warga Selangor, bukan menjadi sebaliknya dengan dibina projek mewah yang hanya memberi manfaat kepada pihak tertentu sahaja," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment