My Add

Tuesday 26 June 2012

Malaysia nyatakan pendirian insiden tunjuk perasaan

PUTRAJAYA, ISNIN, 25 Jun, 2012: Kerajaan hari ini mahu Indonesia mengambil langkah-langkah sewajarnya diambil ekoran tindakan kekerasan dan komen provokatif terhadap Malaysia kebelakangan ini.

Perkara itu disampaikan Wisma Putra kepada Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Indonesia, Mulya Wirana dalam satu pertemuan yang berlangsung di sini kira-kira pukul 3 petang.

Pada pertemuan sejam itu Malaysia turut menyampaikan rasa kesal dan pendirian serius terhadap tindakan kekerasan sekumpulan penunjuk perasaan ke atas premis kerajaan di Indonesia pada 22 Jun lalu.

Kerajaan turut menyampaikan rasa kesal ke atas komen-komen provokatif terhadap Malaysia oleh seorang anggota Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia pada 21 Jun.

''Di samping itu, Kementerian Luar telah memaklumkan bahawa Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman sedang berusaha menghubungi rakan sejawatnya dari Indonesia yang kini berada di luar negara,'' kata Wisma Putra dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment