My Add

Tuesday 26 June 2012

Perhimpunan aman depan pejabat Suruhanjaya Tinggi Singapura

*SEBAHAGIAN ahli Perkasa berkumpul di pekarangan pintu masuk Bangunan The Icon sebagai bantahan kehadiran tiga pegawai kedutaan Singapura pada perhimpunan Bersih 3.0 di hadapan Pejabat Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, ISNIN, 25 Jun, 201: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini mengadakan perhimpunan secara aman di hadapan Pejabat Suruhanjaya Tinggi Singapura di sini, bagi mendesak kerajaan republik itu memanggil pulang tiga diplomatnya yang terlibat dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Perhimpunan yang dihadiri kira-kira 250 ahli pertubuhan itu berlangsung selama setengah jam pada pukul 1.30 petang sebelum Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menyerahkan memorandum kepada Setiausaha Pertama suruhanjaya itu, Tan Chee King. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment