My Add

Friday 1 June 2012

Malcon Isaf kebanggaan negara

*ZULKIFELI Mohd. Zin (kanan) beramah mesra dengan anggota Malcon Isaf 3 pada majlis perjumpaan khas yang diadakan di Wisma Transit, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/MOHD. NOOR MAT AMIN

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 31 Mei, 2012: Kejayaan misi kemanusiaan Kumpulan Induk Kontinjen Malaysia (Malcon) melalui Operasi Interim Sokongan dan Bantuan Nasional ke Afghanistan (Isaf) berjaya meningkatkan imej negara di mata dunia.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, walaupun kontinjen Malaysia hanya melibatkan sekumpulan kira-kira 40 anggota pada satu-satu masa, tetapi impak yang diberi mereka terhadap masyarakat tempatan sangat besar.

Menurut beliau, Malcon Isaf tidak melibatkan tugas berkaitan peperangan sebaliknya tertumpu kepada khidmat bantuan dan pelaksanaan kesihatan kepada masyarakat tempatan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment