My Add

Friday 1 June 2012

Sistem pengajian tinggi negara ke-36 terbaik dunia

IPOH, KHAMIS, 31 Mei, 2012: Sistem pengajian tinggi negara berjaya menduduki tangga ke-36 terbaik dunia dalam satu ranking yang dikeluarkan U21 Ranking of National Higher Education Systems 2012, dua minggu lalu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ranking itu berdasarkan kajian Institut Kajian Sosial dan Ekonomi Gunaan, Universiti Melbourne, Australia yang membuat penilaian komprehensif mengenai sistem pendidikan negara di seluruh dunia.

"Ranking ini pertama kali dibuat dan melibatkan seluruh dunia. Ia mengkaji sektor pengajian tinggi sesebuah negara berbanding ranking terbaru yang lebih menjurus kepada pencapaian universiti.

"Ia melihat kepada sistem pengajian serta akses pendidikan dan antara kriteria yang diberi perhatian ialah bilangan pelajar wanita yang meneruskan pengajian ke universiti," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment