KUALA LUMPUR, KHAMIS, 21 Jun, 2012: Ketika banyak pihak terarah kepada peletakan jawatan Rafizi Ramli sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor pihak yang bertelagah dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, mula melepaskan 'peluru' sulit terhadap orang kepercayaannya, Faekah Husin.
Ia memaksa Abdul Khalid berdepan serangan dua serangkai yang didakwa dilakukan oleh penyokong Pengerusi PKR negeri, Azmin Ali.
Ini memandangkan Rafizi sebaik sahaja melepaskan jawatan tersebut bertindak 'memanaskannya' di Twitter dan pada masa sama, 'peluru' sulit mula disasarkan kepada Faekah selaku Setiausaha Politik Menteri Besar.
Sebuah blog, sel13.com mendakwa, Faekah yang selama ini dilihat sentiasa membayangi Abdul Khalid didakwa terlibat menggunakan kedudukannya untuk mempengaruhi sebuah syarikat milik kerajaan negeri memberi peluang peniagaan kepada sebuah firma guaman yang dikatakan ada hubungan keluarga dengannya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment