My Add

Wednesday 13 June 2012

MRT Corp terima 3 bidaan bekal gerabak

KUALA LUMPUR, SELASA, 12 Jun, 2012:: Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) menerima bidaan daripada tiga syarikat untuk laluan Sg Buloh-Kajang, bernilai kira-kira RM1.6 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Azhar Abdul Hamid, berkata syarikat terbabit ialah Changchun Railways Vehicle Co Ltd, Siemens SMH Rail Consortium dan CSR Zhuzhou Electric Locomotive Co Ltd.

Kawasaki Heavy Industries Rolling Stock Co dan Bombardier Transportation tidak menghantar apa-apa bidaan sementara Hyundai Rotem Company pula menarik diri.

"Bidaan itu kini akan dinilai dalam satu proses empat peringkat. Kami menjangka menganugerahkan kontrak menjelang hujung Julai," katanya dalam satu kenyataan.

Azhar berkata, syarikat itu juga sedang menimbangkan kemungkinan untuk menyeragamkan gerabak untuk projek MRT di Lembah Kelang.

"Kebiasaan dengan sistem, merancang stok untuk alat ganti dan peralatan dan kegunaan bersama dengan lain-lain laluan adalah antara manfaat menggunakan gerabak yang sama di semua laluan MRT di KL.

"Kita akan meneliti perkara ini jika kita mendapat kepercayaan untuk laluan lain," katanya.

Sementara itu, tiga tender lain turut ditutup semalam iaitu peralatan depot dan penyenggaraan kenderaan, pintu skrin platform dan sistem isyarat dan kereta api. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment