My Add

Sunday 3 June 2012

Najib sambut Pesta Gawai dengan rakyat Sarawak

*NAJB bersama Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud (dua dari kiri) dan timbalannya, Tan Sri Alferd Jabu (tiga dari kanan) memotong kek Gawai sempena sambutan Hari Gawai "Ngabang Gawai" di Dewan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, Betong, Sarawak, pagi tadi. - Foto Azahan Rosli

BETONG, AHAD, 03 Jun, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau membuat keputusan untuk menyertai sambutan Pesta Gawai bagi menunjukkan bahawa bahawa “apa yang dicakapnya adalah serupa bikin" kerana beliau merupakan Perdana Menteri untuk semua dan bahawa kerajaan mengambil berat hal ehwal semua rakyat Malaysia.

Najib berkata, beliau perlu mempraktikkan keinginannya menjadi Perdana Menteri bagi semua dengan membuktikan bahawa ia bukan semata-mata satu kenyataan politik atau retorik.

Beliau berkata, hasratnya untuk lebih dekat dengan rakyat dan membawa pembangunan yang seimbang dan saksama telah diterjemahkan dalam bentuk tindakan seperti yang dibuktikan dengan peruntukan RM2.3 bilion hasil tinjauan mesra di seluruh Sarawak sejak tiga tahun lalu.

"Apabila kita menyambut Gawai, kita meraikan satu cerita mengenai kejayaan, kita bukan meraikannya kerana kita gagal atau sebagai sebuah negara yang gagal tetapi kita berjaya dalam pembinaan negara, pembangunan ekonomi dan sosial dan dalam menyatupadukan masyarakat kita yang berbilang budaya," katanya di hadapan 3,000 hadirin yang menghadiri rumah terbuka sambutan Ngabang Gawai di Dewan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan di sini.

Pada majlis itu, beliau meluluskan peruntukan kerajaan pusat sebanyak RM5 juga bagi pembinaan ibu pejabat Yayasan Kebudayaan Dayak di Kuching. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment