My Add

Sunday 3 June 2012

Rakyat peroleh keyakinan baru untuk kekal kerajaan BN: TPM

KUALA LUMPUR, AHAD, 03 Jun,2012: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata rakyat memperoleh keyakinan baru untuk mengekalkan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi berdasarkan pelbagai program transformasi dalam bidang politik, ekonomi dan sosial yang menggerunkan pembangkang. 

Beliau berkata, Program Transformasi Kerjaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan pelbagai sumbangan Kerajaan BN bagi meringkan beban hidup rakyat bukan setakat membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap denyut nadi rakyat, malah menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya pembangkang semakin mendapat keyakinan rakyat menjelang PRU-13.

"Ini satu kelebihan kita. Kalau kita ambil kira dari sudut politik, ekonomi dan kerajaan, faktor-faktor utama ini membantu membawa keyakinan baru kepada rakyat. Rakyat sudah bersedia untuk menyokong Kerajaan BN," katanya pada sidang media selepas melancarkan Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional Wilayah Persekutuan di Stadium Titiwangsa di sini, sebentar tadi.

Muhyiddin berkata, pembangkang yang bimbang dengan semangat baru rakyat itu mencuba mempengaruhi rakyat dengan melancarkan perang psikologi kononnya Kerajaan BN boleh ditumbangkan dengan kaedah demonstrasi jalanan seperti yang berlaku pada BERSIH 3.0, April lalu.

No comments:

Post a Comment