My Add

Wednesday 13 June 2012

Neelofa beri tempoh seminggu kepada Anzalna

PETALING JAYA, RABU, 13 Jun, 2012: Pelakon dan pengacara popular, Nur Neelofa Mohd. Nor, 23, tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon Nur Anzalna Nasir, 24, kerana didakwa telah memburukkan nama dan reputasinya.

Justeru Neelofa berkata, pihaknya memberikan tempoh selama tujuh hari berkuat kuasa hari ini kepada pelakon tersebut untuk tampil dengan penjelasan dan bukti terhadap tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

“Sekiranya dia tidak berbuat demikian, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan selanjutnya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Kontroversi kedua-dua pelakon itu tercetus apabila Anzalna mengeluarkan kenyataan dalam sebuah akhbar Ahad lalu yang mendakwa kononnya pelakon dan pengacara Nona itu telah memfitnah dirinya.

Menurut Utusan Online, Anzalna akan memikirkan jalan terbaik untuk menyelesaikan kontroversi antara beliau dan Neelofa dalam tempoh tujuh hari ini.

Beliau bagaimanapun memberitahu, masih belum menerima sebarang notis tuntutan daripada pihak Neelofa.

Neelofa menghantar notis tuntutan kepada Anzalna meminta pelakon tersebut memberi penjelasan dan bukti terhadap tuduhan yang dilemparkan kepadanya dalam tempoh tujuh hari berkuat kuasa hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment