My Add

Friday 22 June 2012

NGO bidas Pas sanggup bersekongkol bantah bina SAR

IPOH, KHAMIS, 21 Jun, 2012: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membidas tindakan Pas yang sanggup bersekongkol dalam usaha menghalang pembinaan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Taman Pegoh Aman di sini, yang bertujuan memberi didikan agama kepada anak-anak penduduk di kawasan tersebut.

Sambil menyifatkan perkembangan itu sebagai sesuatu yang amat malang, NGO berkenaan menegaskan, Pas sepatutnya tampil mempertahankan pembinaan SAR terbabit kerana ia bakal memberi manfaat kepada anak-anak penduduk yang majoritinya beragama Islam.

Menurut mereka, apa yang berlaku membuktikan Pas kini lebih mengutamakan keuntungan politik sehingga sanggup mengenepikan perjuangan agama yang dilaung-laungkan selama ini.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, meskipun berbeza ideologi, pendapat dan perjuangan antara satu sama lain, Pas sanggup mengorbankan asas perjuangannya demi menjaga hati rakan sekutunya iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR). - UTUSAN

No comments:

Post a Comment