My Add

Monday 11 June 2012

NGO desak kerajaan negeri henti segera pembalakan

BALING,  AHAD, 10 Jun, 2012: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak kerajaan Pas Kedah menghentikan pembalakan dan penerokaan hutan secara berleluasa di hutan simpan kerana merosakkan alam sekitar serta menjejaskan kehidupan penduduk.

Kerajaan negeri juga diminta menubuhkan sebuah jawatankuasa bebas untuk menjalankan siasatan terperinci berhubung kesan daripada aktiviti itu yang sedang berlaku di Hutan Simpan Gunung Inas di sini.

Pengerusi Persatuan Pengguna Baling (PBB), Rizuwan Musa berkata, aktiviti pembalakan yang keterlaluan mendatangkan lebih banyak kemudaratan kepada rakyat yang masih menggunakan bekalan air dari sumber kolam simpanan di hutan simpan berkenaan.

Katanya, PBB banyak menerima aduan daripada penduduk di sekitar Hutan Simpan Gunung Inas berhubung kehidupan mereka yang terjejas kerana kualiti air disalurkan ke rumah mereka semakin buruk....

Di ALOR SETAR, AHAD, lebih 500 penduduk di Bandar Baru Beris Jaya, Sungai Pau, Sik dekat sini meminta kerajaan Pas Kedah segera menyelesaikan masalah pemilikan geran tanah rumah, tanah ladang dan tanah untuk tanaman kontan mereka yang tertangguh sejak 2000.

Setiausaha Jawatankuasa Penaja Bertindak Projek Beris, Mansor Yaakub, 61, berkata, kesemua mereka yang tinggal di Bandar Baru Beris Jaya adalah penduduk empat buah kampung iaitu Kampung Sungai Batang, Kampung Permas, Kampung Kuala dan Kampung Batu Setoi yang terlibat dengan projek pembinaan Empangan Beris di Sik.

"Kami dipindahkan ke Bandar Baru Beris Jaya sejak 2000 dan dijanjikan dengan sebuah rumah asas dengan tapak tanah seluas 10,000 hingga 12,000 kaki persegi, tanah ladang seluas dua relung dan tanah untuk tanaman kontan seluas 0.16 hektar," katanya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment