My Add

Monday 11 June 2012

Pihak terlibat perlu beri penjelasan

KUALA LUMPUR, AHAD, 10 Jun, 2012: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa memanggil Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memberi penjelasan berhubung tuduhan terhadap 20 akaun induk yang dimilikinya.

Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddinberkata, langkah itu perlu bagi memastikan Anwar tidak mengelak daripada menjawab isu tersebut.

Beliau yakin sekiranya perkara itu benar, Ahli Parlimen Permatang Pauh berkenaan bukanlah satu-satunya individu terlibat dalam kes tersebut.

"Tidak mungkin Anwar seorang mampu mengawal 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang bernilai lebih RM3 bilion.

"Saya yakin mungkin ada nama-nama lain di sebalik penyelewengan itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment