My Add

Tuesday 26 June 2012

NGO minta penjelasan KGT

KOTA BHARU, ISNIN, 25 Jun, 2012: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini mendesak kerajaan Pas Kelantan memberi penjelasan berhubung dakwaan mata wang dinar dan dirham yang dikeluarkan Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. (KGT) tidak mempunyai ciri-ciri dikehendaki Islam.

Pengerusi Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi Rakyat (Gerakan Tukar), Kamarudin Mohd. Kasim berkata, KGT harus berani memberi penjelasan sekiranya dakwaan bekas Pengarah Eksekutif KGT, Nik Mahani Mohamad itu adalah fitnah.

"Selalunya kalau diam ini tandanya setuju. Jadi apabila KGT masih berdiam diri, seolah-olah mereka bersetuju mengeluarkan mata wang dinar dan dirham yang tidak mempunyai ciri-ciri dikehendaki Islam.

"Gerakan Tukar yang mewakili kebanyakan rakyat negeri ini mahu kerajaan negeri segera memberi penjelasan dan jangan berdolak-dalik lagi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment