My Add

Tuesday, 12 June 2012

Nurul Izzah digesa pujuk ibu adakan sidang akhbar

KUALA LUMPUR, ISNIN, 11 Jun, 2012: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar digesa supaya memujuk ibunya yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan isteri Timbalan Presiden parti itu, Shamsidar Taharin supaya mengadakan sidang akhbar bersama dengan segera.

Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Noraini Abd. Khalil Saferi berkata, sidang akhbar itu bagi menjawab segala dakwaan oleh Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan berhubung hubungan sulit antara Shamsidar dan suami Wan Azizah, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ia juga bagi menjawab dakwaan Nallakaruppan bahawa seorang biseksual tidak boleh menjadi ketua pembangkang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Baru-baru ini, Nallakaruppan mendakwa Anwar mempunyai hubungan sulit dengan Shamsidar selain merupakan seorang biseksual. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment