My Add

Sunday 3 June 2012

Papa nasihat majikan hati-hati ambil amah

*JEFFREY Foo (kanan) bersama sebahagian 29 pembantu rumah dari Indonesia selepas diberi latihan selama tiga hari di Rumah Perlindungan dan Pusat Latihan 1 Jalan Awan Pintal di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, SAABTU, 02 Jun, 2012: Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa) meminta golongan majikan di negara ini agar berhati-hati dengan tawaran harga pengambilan amah Indonesia yang jauh lebih mahal oleh syarikat agensi pekerja asing.

Presidennya, Jeffrey Foo berkata, pihaknya ada menerima aduan daripada majikan yang mendakwa dikehendaki membayar antara RM10,000 dan RM16,000 kepada agensi yang menawarkan perkhidmatan tersebut.

Menurutnya, ada majikan sanggup menerima tawaran harga itu kerana terdesak untuk mendapatkan khidmat amah Indonesia.

''Pihak ini sengaja mengambil kesempatan ekoran masalah yang berlaku dan meletakkan kos yang terlalu mahal berbanding harga yang ditetapkan kerajaan, saya harap majikan lebih berhati-hati dalam perkara ini," katanya pada sidang akhbar penyerahan 29 amah Indonesia kepada majikan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment