My Add

Tuesday 26 June 2012

Pas Kedah gagal sedia asrama

Oleh SAFINA RAMLI
ALOR SETAR, ISNIN, 25 Jun, 2012: Kerajaan Pas Kedah didakwa gagal menyediakan asrama untuk para pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di sini, sehingga menyebabkan Flat Taman Seri Impian, Mergong yang sepatutnya dihuni golongan kurang berkemampuan dijadikan asrama untuk pelajar tersebut.

Pengerusi Gerakan negeri, Dr. Cheah Soon Hai berkata, unit-unit flat itu dihuni pelajar-pelajar Kuin yang sepatutnya berpindah pada Ogos tahun lalu namun kekal menetap di situ sehingga kini.

"Saya difahamkan kampus baru Kuin masih belum siap, namun, itu bukan alasan untuk kerajaan negeri terus menempatkan pelajar di kawasan yang sepatutnya diberi kepada rakyat kurang berkemampuan.

"Rumah ini perlu diberikan kepada rakyat yang layak dan bukannya kepada pelajar Kuin yang sepatutnya tinggal di asrama yang disediakan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment