My Add

Monday, 4 June 2012

Siasat daftar pemilih kerja sia-sia

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
KUALA SELANGOR, AHAD 03 Jun, 2012: - Tindakan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mengarahkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) memeriksa daftar pengundi dari rumah ke rumah di negeri ini disifatkan sebagai kerja yang sia-sia.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, tindakan kerajaan Selangor itu adalah satu bentuk pelanggaran kuasa yang mana semakan daftar pengundi terletak di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beliau berkata, di Selangor sahaja, pengundi baru yang didaftarkan bertambah kepada 300,000 orang daripada keseluruhan iaitu 1.9 juta orang di seluruh negara.

Menurutnya, pertambahan itu adalah hasil kempen kesedaran pengundi yang dilaksanakan oleh SPR sebelum ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment