My Add

Friday, 1 June 2012

Penulis blog bebas tuduhan hina sultan

RASAH, KHAMIS, 31 Mei, 2012: Penulis blog Adukataruna, Khairul Nizam Abd Ghani dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini daripada tuduhan menghina institusi kesultanan Johor, dua tahun lalu.

Hakim Datin M. Kunasundary memutuskan demikian terhadap Khairul Nizam, 31, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh yang bekerja sebagai juruteknik komputer.

Penulis blog itu didakwa memuat naik secara sedar beberapa ayat menghina institusi kesultanan Johor dalam blognya, adukataruna.blogspot.com.my di antara pukul 7.25 malam dan 9.05 malam, 22 Januari 2010, di No. 297 Rumah Rakyat Panchor di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment