My Add

Saturday 23 June 2012

Rafizi dicabar dedah penyelewengan

BATU PAHAT, JUMAAT, 22 Jun, 2012: Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi mencabar Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli supaya mendedahkan penyelewengan yang berlaku di Selangor jika dia benar-benar ahli politik bermaruah.

Ia berikutan tindakan Rafizi meletakkan jawatannya sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor semalam.

Mohd. Puad berkata, walaupun Rafizi cuba menafikan ia akibat krisis dalaman PKR tetapi hakikatnya pemimpin itu tidak berpuas hati dengan kewujudan 'warlord' dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Menurutnya, pemimpin itu juga tidak berpuas hati dengan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin yang dikatakan mempunyai pengaruh luar biasa atas keputusan kerajaan negeri termasuk dalam pengendalian geran RM300 juta untuk program Selangorku. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment