My Add

Wednesday 13 June 2012

Polis Marin Semporna temui bahan peledak

SEMPORNA, RABU, 13 Jun, 2012: Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menemui 395 unit bahan peledak dan empat gulung sumbu di kawasan penempatan nelayan yang didiami pendatang asing tanpa izin (PATI) di kawasan pesisir pantai Pulau Bum Bum malam tadi. 

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna, ASP Mat Zawawi Mat Yaacob, berkata bahan yang dipercayai digunakan dalam aktiviti menangkap ikan menggunakan bom itu dijumpai dalam air di sekitar rumah setinggan di pesisir pantai pulau berkenaan dalam "Ops Landai" yang bermula tengah malam dan berakhir pada jam 5 pagi tadi.

"Tumpuan pemeriksaan adalah ke atas rumah-rumah dan beberapa lokasi yang dikenal pasti sebagai penempatan pendatang asing dan mereka yang terbabit dalam aktiviti menangkap ikan menggunakan bahan letupan atau detonator.

"Peledak dan sumbu dijumpai dalam air di kawasan sekitar rumah dipercayai dibuang oleh individu tertentu ketika melarikan diri semasa pemeriksaan dijalankan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Mat Zawawi berkata, pihaknya turut menangkap lapan lelaki warga asing yang bekerja sebagai nelayan kerana tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment