My Add

Sunday 3 June 2012

Salang kritik SWP kerana dakwa mesra BN

JULAU (Sarawak), AHAD, 03 Jun, 2012: Ahli Parlimen Julau, Datuk Joseph Salang mengkritik Parti Pekerja Sarawak (SWP) kerana mendakwa ia mesra Barisan Nasional (BN).

Beliau sebaliknya berkata SWP hanya cuba menipu rakyat. 

Katanya, SWP manyatakan hasrat untuk bertanding menentang Parti Rakyat Sarawak (PRS) iaitu komponen BN, di semua enam kawasan di mana calon PRS dijangka diletakkan iaitu di Sri Aman, Lubok Antu, Selangau, Julau, Kanowit dan Hulu Rajang.

"Permusuhan SWP dengan PRS bermula sejak pertelingkahan kempimpinan antara penggerak utama SWP Datuk Sng Chee Hua, bekas timbalan presiden PRS dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus dan Ahli Parlimen Julau serta Presiden PRS, Tan Sri Dr James Jemut Masing," katanya kepada Bernama malam tadi selepas kembali dari menghadiri perayaan Gawai di empat buah rumah panjang di kawasan pedalaman.

"Tetapi majoriti ahli di dalam PRS mahu Masing menjadi presiden. Pertelingkahan itu kini memasuki fasa baru di bawah anak lelaki Sng, Larry (Sng Wei Shien), presiden SWP pertama yang dipilih," katanya. 

Mengenai kemungkinan sama ada Larry Sng atau ADUN Meluan, Wong anak Judat bertanding menentangnya di Julau nanti, Salang penyandang selama tiga penggal berkata, beliau mengalu-alukan kedua-dua mereka kerana ia merupakan hak demokrasi mereka untuk bertanding. 

"Wong selalu berkata beliau mempunyai masalah dengan saya tetapi saya tidak berkelahi dengan beliau. Saya tidak faham kenapa beliau sering membangkitkan soal projek Jalan Nanga Entabai-Pantau Limau apabila penjelasan demi penjelasan telah diberikan," katanya.

Salang berkata, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperuntukkan RM40 juta bulan lalu untuk pelaksanaannya berbanding RM3 juta yang sudah tentu tidak mencukupi untuk membina jalan luar bandar sejauh 27 kilometer itu. 

Beliau berkata, kriteria kerajaan dalam melaksanakan projek besar ialah ia mesti memanfaat seramai mungkin rakyat dan tidak hanya satu atau atau dua individu untuk aktivti pembalakan atau perburuan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment