My Add

Saturday, 23 June 2012

Tan Sri Mohd. Sidek dilantik Pengerusi Petronas

KUALA LUMPUR,JUMAAT, 22 Jun, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelantikan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan sebagai Pengerusi Petronas yang baru.

Pengumuman tersebut dibuat Najib semasa Majlis Makan Malam Penghargaan Mohd. Sidek yang akan tamat kontrak perkhidmatan KSN pada 23 Jun ini.

Menurut Najib, pelantikan Mohd. Sidek sebagai Pengerusi Petronas akan dibuat pada waktu terdekat ini selepas selesai beberapa urusan.

''Saya yakin Tan Sri Mohd Sidek akan memberi sumbangan yang besar dan meningkatkan hubungan antara Petronas dan kerajaan, '' katanya ketika berucap pada majlis tersebut di sini malam ini.

No comments:

Post a Comment