My Add

Saturday 23 June 2012

Utusan Melayu akan kemuka rayuan

PULAU PINANG, JUMAAT, 22 Jun, 2012: Utusan Melayu (M) Bhd. (Utusan Melayu) akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang memerintahkan syarikat penerbitan itu membayar ganti rugi RM200,000 kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng kerana menerbitkan artikel berunsur fitnah terhadap beliau.

Menurut peguam, Mohana Kumar yang mewakili Utusan Melayu, beliau akan menasihatkan syarikat terbabit untuk membuat rayuan terhadap keputusan Pesuruhjaya Kehakiman, Nurmala Salim hari ini.

Dalam keputusannya, Nurmala turut memerintahkan Utusan Melayu selaku pihak defendan membayar kos RM20,000 dan faedah empat peratus terhadap jumlah ganti rugi tersebut berkuat kuasa mulai hari ini.

Beliau memutuskan demikian setelah mendapati perenggan ketiga dalam artikel bertajuk Dasar Ekonomi Baru (DEB): Guan Eng Tetap Berdegil yang disiarkan oleh akhbarUtusan Malaysia pada 15 Mac 2008 yang menggunakan 'menghapuskan DEB' adalah tidak tepat....

No comments:

Post a Comment