My Add

Wednesday 27 June 2012

Waspada demonstrasi 'boleh dibayar' di Indonesia

KUALA LUMPUR, SELASA, 26 Jun, 2012: Semua pihak di negara ini diingatkan supaya tidak mudah terjerumus dalam kancah 'pertikaian' mengenai isu 'rebutan' warisan tarian dan gendang di Indonesia berikutan kebiasaannya demonstrasi berkaitan isu berlaku setelah 'diupah' anasir tertentu.

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (BN-Putrajaya) berkata, semasa beliau menjadi Menteri Pelancongan dahulu, isu lagu Rasa Sayang pernah dipersoalkan sebagai milik rakyat Indonesia.

Namun, apabila beliau menerangkan kepada pihak berkenaan di republik itu, mereka akhirnya bersetuju bahawa ia adalah budaya yang perlu dikongsi bersama.

"Ada antara budaya itu asal-usulnya dari Indonesia tetapi untuk isu berbangkit ini masalahnya ialah demonstrasinya boleh dibayar oleh pihak tertentu di Indonesia yang tidak mahu lihat keakraban antara kedua-dua negara. Jarang sangat kita hadapi masalah ini sebab hubungan Indonesia dengan kita akrab," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengambil bahagian dalam sesi perbahasan pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Jumaat lalu, sekumpulan rakyat Indonesia bertindak merempuh pagar utama Dewan Malaysia di Jakarta hingga menyebabkan pengawal keselamatan cedera parah.

Ia berpunca salah faham berhubung isu Tarian Tor-Tor dan alat muzik gondang sambilan yang berasal dari Sumatera Utara tetapi didaftarkan sebagai warisan kebudayaan Malaysia mengikut Seksyen 67 Akta Warisan Kebangsaan 2005 baru-baru ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment