My Add

Friday 2 November 2012

22 maut lori tangki minyak meletup di Riyadh

RIYADH, KHAMIS, 01 November, 2012: Sebuah lori tangki minyak meletup selepas melanggar penghadang jambatan di Riyadh, ibu negara Arab Saudi menyebabkan kereta dan bangunan berhampiran terbakar dengan sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh manakala lebih 110 lagi cedera.

Angka kematian dijangka meningkat selepas jumlah mereka yang cedera dilaporkan masih ramai.

Kejadian berlaku jam 7 pagi waktu tempatan hari ini berhampiran bangunan Pengawal Keselamatan Negara Saudi yang terletak di zon perindustrian di daerah timur bandar raya berkenaan.

Kepulan asap tebal boleh dilihat dari tempat kejadian.

Setakat ini belum ada laporan yang mengesyaki kejadian itu ada kaitannya dengan perbuatan pengganas. - AP

No comments:

Post a Comment